'Selain dua syurga tersebut, ada dua syurga lagi.
Maka nikmat mana yang kau dustakan?
Kedua-duanya hijau tua.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan?
Di dalam kedua-dua syurga itu ada mata air yang memancar,
maka nikmat Tuhanmu yang mana hendak kau dustakan?
Di dalam kedua-duanya ada buah-buahan, kurma dan DELIMA.'
Ar-Rahman 55 : 62 - 68

Thursday, March 15, 2012

osem.

Bismillahirrahmanirrahim..


This book, sangat laa hebatt.
Bak kata orang sekarang, OSEM!
Junior promote :)
Penulis buku Tautan Hati yang sangat gempakk cerita dia :D

p/s : orang lain cakap aku tak terima,
author ni cakap aku terima,
walaupun ia benda yang sama.
sebab tu susunan kata mempengaruhi. mungkin.
[ke aku yang keras kepala? oh well~]

Monday, March 5, 2012

Random

Bismillahirrahmanirrahim..

 

[>>] means cerita lain. HAHA!

>>  'Susahnya nak jaga hati orang!'

Oh well, jaga hati sendiri pun susah jugak kott.
Penyakit paling merbahaya, penyakit hati.
Kalau dah dendam tu,
Kalau dah keras tu,
Kalau dah suka tu,
Kalau dah bahagia tu,
melampau tak terkata.
sampai tak boleh dikawal kerana dikawal
dengan perasaan yang ntah apaapa tu.
include me :D

'Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang melampau'
Al-An'aam : 141

Sebab tu Islam itu sederhana. Semuanya sederhana.
Jangan makan lebih dan kurang tapi, Sederhana.
Jangan berperasaan apaapa lebih dan kurang tapi, Sederhana.
Jangan tidur lebih dan kurang tapi, Sederhana.
etc.

Kalau tak ikut, kena gastrikobesity, gilagila, nyanyukmereng.
Haha. Logik ape.

Susah nak jaga hati orang.
Nak jaga hati kawan B, yang C pulak terasa.
Nak jaga hati B and C, D pulak terasa.
Nak jaga hati semua orang, diri sendiri terasa.
Takpe! Sendiri mengalah tak apa,
ganjaran mu menanti :)
Jangan mengalah terlebih pulak,
itu dah dikira pijak kepala tuh, Sederhana aje~

 >> Bila aku, asyik nampak salah orang aje.
Diri sendiri tak sedar.
Bila aku nampak orang buat kemungkaran,
aku kutukkutuk dia,

'Ishishish. Gong greng gong greng.'

Padahal diri sendiri tu, kenapa tak nak
tegur orang yang buat kemungkaran?
Kenapa tak nasihat dia?
Kenapa tak sentuh hati dia?
Kenapa? Aku ni dah baik sangat ke? :(


>> Bila perasaan mak ayah mempengaruhi segalasegalanya.
Perasaan > Doa > Baik / Buruk
Few weeks ago, aku jaga KBM kat Sek Keb Kempas
ada satu group aku pegang, semua friendly.
terlebih friendly dari aku. HAHA!

Ada satu malam tu, target kami nak bagi kesedaran
kat anakanak darjah 6 nih tentang pengorbanan
mak ayah segala.
Dah cakap semua2, diorang pun mula jatuhkan
mutiaramutiara jernih. Eceh, novel~
Then, tibatiba pakcik yang bagi talk kata ;

'Oke. Sekarang semua duduk dalam kumpulan
dengan akakakak fasi dalam bulatan.
Diminta akakakak fasi bagi nasihat kat adikadik
untuk malam yang terakhir nih.'

What?! Nasihat?! Pandai pulak!
Takpetakpe. Boleh nih.

'Korang tau tak mak ayah banyak sangat berkorban
hanya sematamata nak bagi kita bahagia . . . '

At that time jugak, aku dapat rasakan
yang benda nih pun untuk aku jugak.
Actually, bukan budak kecik je yang
banyak buat salah, tapi remaja, belia, dewasa, tua pun.
Budak kecik buat salah tak apa sikit.
Bila diorang dah buat salah, buat muka comel,
mak ayah dah maafkan dah.
Kita? Mana nak dapat muka comel hah?
Muka kedut jerawat selekeh adalah~

Bila kita makin dewasa, makin tajam percakapan kita.
Umur kita bertambah, kita sensitif.
Ada masalah sikit, melenting, emo, merajuk.
Tun tang tun tang, cakap kat mak ayah kita
yang umur dia pun bertambah dan makin sensitif.
Mak ayah kita sedih, diorang pun berdoa.
Hidup kita? Hancur *petir*? Bahagia *burung terbang*?  
Semuanya berdasarkan doa mak ayah kita.

Dahsyatnya doa mak ayah esp mak.
Seseorang itu akan hilang salah satu senjata
kebahagiaan yang sangat tidak ternilai,
jika ibunya telah meninggal dunia.
That's what people said.

Bila redha Allah terletak pada redha Ibu Bapa.

Berbaktilah kat mak ayah kita selagi mereka ada.
Tak kisahla diorang jauh or dekat.
Still kena jaga perasaan mereka.
Biar kita terluka, jangan bagi mereka terluka.
Eceh. Novel~

>> Orang kata mimpi tak boleh percaya.
Sebab certain mainan syaitan.
Well, mana laa nak tahu mana satu yang tak betul.
Ada jugak orang cakap, ada [laa jugak] mimpi yang bakal terjadi.
HOHO! Jadila jadila jadila jadila jadila jadila. Amin!

p/s : Simba, balik laa rumah. :(

Wednesday, February 8, 2012

realize.

Bismillahirrahmanirrahim..


a few weeks ago, after meeting program, balik dengan abang.
singgah kedai beli makanan. on the way balik rumah ..
tibatiba je dia jalan terus je [sepatutnya ke kanan -..-]

'abang, nak pegi mane nih?'

'nak solat jap.'

shuu. sampai la surau pulai utama.

'err. kakchik tunggu dalam kereta jela.'

pergila dia mengadap Tuhan Yang Maha Esa,
sementara aku dalam kereta dengar lagu lagho. [-..-]
beberapa minit lepas tu, ada banyak sangat kereta
berhenti kat surau tu. semuanya lelakilelaki
yang berkerjaya, sebab diorang pakai kereta
mahalmahal dan baju kemeja smartsmart.

tibatiba terdetik.
Ya Allah.
Sangat lah lagho hidup aku selama ni!

dengar lagu lagho. nasyid jarang sangat.
baca komik. novel tarbiah? baru rasa nak baca.
tengok cerita korea jepun. fantasy that never ends laa sehh.
lagilagi bila dah cuti panjang nih, memang siasia la masa aku.

ada barubaru nih aku tengok facebook someone.
sangat bagus seseorang itu.
segala benda berkaitan dengan dia dan Allah.
dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang
hamba kepada Allah. aku?

aku baru sedar yang aku ni hamba kepada seseorang
Yang Maha Besar, Yang Maha Mulia.
dan bukannya hamba kepada korea, jepun, lagu lagho.
sangat la lalai dan hanyut di bawa arus.

aku ni tak tentu. selalu ikut persekitaran.
ada waktu aku tudung labuh,
ada waktu aku tudung bidang 50
tudung ni pun, ikut baju warna apa.
bila aku hidup tak ada confident,
macam ni la.

duduk serumah dengan kakak kat bangi
dengan kawankawan dia about 3days.
sangat bagus rumah tu. always solat jemaah.
lepas solat, tilawah al-Quran.
lepas asar and subuh, baca ma'thurat.
buat usrah rumah sendiri.
walaupun ada orang luar, diorang ikut juga.
and pengisian diorang sangat mendalam
dan menyentuh jiwa untuk berfikir
siapa kita sebenarnya.
[walaupun diorang bertudung bidang 40]
do not judge book by its cover!

solusi kate, orang yang macam ni,
insyaAllah hati diorang akan terbuka
untuk berpakaian yang lebih sopan. :)
eventhough, aku ni tak selalu baca ma'thurat,
tadabbur, tilawah al-Quran,
but aku still suka untuk berada di dalam
persekitaran yang islamik. :)

p/s : sangat takut masuk uni nanti. takut culture-shock.
hanya mampu doakan yang terbaik. :)